PROFILE PSS


PENDAHULUAN
            Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Dalam konteks pendidikan moden peranan pusat sumber amat penting bagi mengembangkan kreativiti di kalangan guru-guru dan murid-murid dalam proses perlaksanaan pengajaran dan pendidikan yang ideal.
        Kertas kerja ini cuba mendedahkan sesuatu untuk dihayati dan dilaksanakan kepada setiap guru dan murid sekolah ini.Oleh yang demikian pusat sumber sekolah ini lebih berfgsi sebagai pusat kemudahan di mana guru-guru dapat berkumpul , memilih , merencana , menerbit , membina , mengedar dan seterusnya menggunakan bahan-bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
        Kertas kerja ini juga diterbitkan dengan hasrt membantu guru dan murid sekolah ini dalam menggunakan semua kemudahan yang disediakan dalam sumber ini sepenuhnya semoga peranan pusat sumber dalam meningkatkan mutu pendidikan akan menjadi realiti berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

TAKRIF
          Pusat Sumber Sekolah merupakan rancangan prasarana pendidikan yang memberikan khidmat kepada guru-guru sekolah bagi  hal-hal professional yang mengutamakan pelaksanaan kurikulum dan ko-kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
KONSEP
          Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi daam perkembangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.Di sinilah tempat pembinaan , pengumpulan , pemerosesan dan pengedaran bahan-bahan cetak dan bukan cetak dengan gabungan nilai-nilai kemanusiaan.Ia memberikan perkhidmatan yang memudahkan penggunaan bahan dengan perancangan yang sistematik.
        Pusat Sumber Sekolah juga adalah pusat segala aktiviti pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam menemui kehendak kurikulum dan ko-kurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
MATLAMAT
Pusat Sumber Sekolah dimaksudkan sebagai pusat penggerak dan pengemblingan idea,tenaga dan kepakaran bagi:
1.Mewujudkan dan mengumpulkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan perkhidmatan yang menyeluruh kepada guru-guru dan murid-murid.
2.Mewujudkan suasana belajar sendiri kepada setiap individu supaya dapat mencapai tujuan pembelajaran.
3.Membetulkan sikap sesetengah guru yang masih terkongkong dengan penggunaan buku teks, teknik pengajaran secara kelas dan pendidikan yang berpusat kepada guru (teacher’s oriented)kepada murid(pupil’s oriented).
4.Guru-guru dan murid-murid dapat merancang keprluan sendiri sebelum ke pusat sumber.

MISI PSS SKTRJ
          Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya sebagai nadi sekolah yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik berperanan membekalkan ,menyalurkan maklumat,rujukan dan penyelidikan dalam pelbagai media untuk dinikmati oleh semua warga SKTRJ.

VISI PSS SKTRJ
Melahirkan masyarakat yang bermaklumat
dan
berilmu pengetahuan.

MOTO PSS SKTRJ
PSS CERIA ,MESRA DAN CEMERLANG

OBJEKTIF
Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan bahan-bahan dan program yang berkaitan(relevan)adalah amat berguna kepada institusi pendidikan.Dengan ini objektif pusat sumber antaranya ialah:
1.Melahirkan budaya membaca dan belajar sendiri
   di kalangan murid.
2.Menggalakkan penggunaan bahan-bahan pengajaran
   dan pembelajaran  di kalangan guru-guru dan murid-
   murid.
3.Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang
   menyeluruh dalam proses pengajaran dan
   pembelajaran.
4.Meninggikan mutu perkhidmatan selaras dengan
    Falsafah Pendidikan Negara.
5.Memberikan latihan dan kefahaman mengenai
   penggunaan pusat sumber(perpustakaan , RTVP /   
   Media Elektronik dan Bilik BBM).

PIAGAM PSS SKTRJ
1.Menyediakan perkhidmatan yang bermutu dan
cekap.
2.Menjamin keselesaan pelanggan yang berkunjung
 ke PSS.
3.Menyediakan sistem peminjaman dan
pemulangan buku dan bahan bukan buku.
4.Menyampaikan maklumat terkini dengan cepat
dan tepat.
FUNGSI DAN PERANAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEK.KEB.TAMAN RASAH JAYA

1.Berkhidmat sebagai ejen berpusat untuk memperolehi ,
   menghasil , mengorganisasi dan mengedarkan bahan
   pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh
   guru dan murid.

2.Berkhidmat sebagai pusat di mana bahan dapat
   digunakan secara individu ataupun berkumpulan.

3.Menjalankan peranan bank di mana bahan dapat
   dipilih untuk penggunaan dalam kelas atau di rumah.

4.Merupakan pusat perhubungan di antara sekolah
  dengan agen  perkhidmatan maklumat lain seperti
  perpustakaan awam dan sebagainya.

5.Memberi panduan kepada guru dan murid untuk
   mencari ,memilih dan menggunakan bahan selaras
   dengan keperluan dan tujuan-tujuan masing-masing.

6.Menjalankan tugas untuk menilai dari masa ke semasa
   bahan-bahan yang diperolehi.

7.Menentukan bahawa alat-alat yang diperolehi sentiasa
   dalam keadaan  baik dan boleh diakses pada bila-bila
  masa serta memastikan bahan yang rosak akan dibaiki
  dan dipulihara.

8.Menentukan bahan yang diperolehi atau dihasilkan
   selaras dengan keperluan sekolah.